kotak hitam segi empat sama yg saiznya setinggi rumah 2 tingkat, lebarnya seperti sebijik kereta limosin panjang itu ditatap, lemah penuh kehinaan. sulaman kain litupnya bersulamkan emas tulen, ditukar sekali setiap tahun. dibuat khas di kilang tidak berapa jauh dari rumah paling suci dalam dunia itu, yang kemungkinan kilang itu beroperasi hanya sekali setahun jugak. barangkali perlu appointment in advance satu bulan kiranya berhajat menjengah proses pembuatan kelambu Kaabah itu. ah selesa betul mereka hidup di tanah haram itu. sangat sangat dekat dgn rumah suci itu, minyak satu liter lagi murah dari secawan kopi anda, tanah penuh barakah, diberkati, dan dilimpahi kesenangan.
ku rasa asing, janggal, dan tidak keruan. tenggelam dalam lautan manusia. esakan manusia perkara biasa di dataran kotak hitam itu. di setiap penjuru kelihatan setiap makhluk tuhan tekun membaca kitab suci, di selang seli dgn titisan air mata, tanpa dibezakan mazhab. di depan Multazah, manusia berkerumun, menunaikan solat sunat, berdoa tanpa henti. selesai sudah dgn pusingan tawaf yang terakhir, ku sertai lautan manusia itu di depan pintu emas Multazah, buat muka tak tahu malu meminta macam-macam. terasa loser dan lemah. tersentak, hamba ini mmg dilahirkan lemah, tiada pengharapan yg lain kecuali pengharapan kepada-Mu.
ku pohon dijemput sekali lagi ke rumah sucimu itu, andai aku punya rezeki. ku pohon kau meletakkan aku di landasan yg benar, andai aku tersasar. ku pohon kau teguhkan pegangan aku, andai aku goyah. ku pohon kau berada di sisiku, andai aku keseorangan. ku pohon kau berikan aku kesusahan, andai aku leka dalam kesenangan.
haruslah berpergian musafir katanya tak sah kalau tak jumpa teman-teman ye tidak. tak kira lah lama ke baru u ols. bila jumpa tu mmg pot pet pot pet lah tak berhenti mcm pelancar peluru mulut bercerita. almaklumlah 3 tahun sekali baru jumpa. sorang kat ceruk Asia, dua tiga pat lima orang kat Timor Leste Tengah sana nun. dua dunia berbeza katanya wah wah.
sini pergi mana-mana sorang pun OK saja bah.
sana pergi mana-mana sorang tu maksudnya tempah bala bah.
sini pergi pasar jalan kaki 8 menet.
sana turun bawah rumah tak smpai 2 minit dah boleh beli daging halal, sayur, piza, jus buahan yg sedap lagi maha segar, manisan dan pelbagai lagi kelazatan makanan.
haruslah 1001 malam pun tak cukup nak cerita 2 dunia yg berbeza nih beserta gelagat pak & mak arab sana nun. mencuit hati, terdetik muhasabah sket dalam diri wah gitu. hidupnya serba sederhana, berpanasan tak kira waktu tapi senyum sentiasa terukir. di bumi mata sepet-an ni hidup yg senang lenang sentiasa dikejar tanpa kira waktu, berkelana sentiasa. entah sampai bila apa yg dicari boleh diketemui..
hati jugak terharu, teman2 yg lama ditemui.. segala keperluan diri pengembara ini di ambil berat. makan diberi cukup, keperluan disediakan cukup. biar lama tak diketemukan, biar sebulan sekali saling bertanya khabar, tapi detik pertemuan tetap ramah, mesra seperti sama2 telah melalui 3 tahun permusafiran bersama. begitu jugak persahabatan baru yg terbina sepanjang perjalanan. indah benar kalian. dalam satu malam kita boleh bersembang mcm sudah lama berkenalan.
ah, kemudian datangnya perpisahan. hati berat mengucap selamat tinggal. terlalu byk lagi yg mahu diperbualkan, terlalu byk lagi yg mahu dikenali, terlalu byk lagi yg perlu diperbaiki. kerna kita semua dlm satu perjuangan yg sama, dan kita bersaudara.
moga satu hari bertemu lagi, moga-moga.
- what makes you think me doing body gazing = me thinking that the fcking project is hard ?
- I was already projecting ideas based on your recommendations, thank you
bring it on.
baca ----> INI
mengucap syukur sat walaupun mati kematu bosan 7 jam kat BKK dua minggu lepas, tangan tak gatal pegi shopping kat duty free. skeeeeeeeeeet je lagi nak bershopping bagai. silap haribulan ade jugak manusia dengki tak bertanggungjawab sumbat ape2 dlm bagpack ku yg satu itu.. packing lite katanya.
syukur jugak BKK ade surau kat setiap hujung terminal.. buat tempat penenang jiwa bergelora. walaupun lokasi tempat ambil wudhu' perempuan boleh improve lagi.
syukur jugak jugak pada hari kejadian bas kena bakar kat BKK, airport masih selamat. kalau tidak flight delay LAGI la jawabnye.
tak berapa bersyukur: TG tak bagi voucher meal even transit lebih 7 jam
- for may
nak libur-liburan di pesta-pesta seoul voleh? - for june to come
nak terbang-terbangan lagi voleh? walhal baru seminggu lepas naik turun pesawat + delay + terlepas flight - for another in-flight meal and entertainment
nak tgk 30rock 1000000000kaki atas awan sambil makan roti + butter + jus epal sajor lambang tak lalu makan MOML a.k.a makanan itaewon - for scorching heat
bajet dah putih sangat nak tanning bagai - for ramadhan
hape ingat takde bazar ramadhan tak meriah ker posa obersi. sini ade gak pasar malam u ols.. katne? jeng jeng - for eid
sekali setahun pakai baju yg kelainan - for october
nak libur lagik.. bawak org libur tgk daun merah jatuh - for november
makan best kat annual dinner - for december
terbang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii zass
tak dilupakan jua the annual must-watch Seoul Squash Open in June, dan ini:
regards,
LbTM - Living by The Moment
nothing you've planned but need to get on the first flight to a destination first thing next in the morning? here's how.
PART A0: departing
- fill in Borang Keluar Negara, downloadable at PPMKonline.net
emergency leave. last thing in mind is getting trouble from the sponsor/school. follow procedure. call/email sponsor's officer/ppmk pres/lecturers/whoever that concerns. - derma kilat for RM
save your time visiting money exchange for RM. gather RM50/RM10/RM5/RM1 randomly from friends. you should get enough to pay for airport taxi once arriving in destination. - pack light
laptop? big NO. check-in luggage? NO. - forget the sleep
you have enough time to sleep during flight and while waiting for a connecting flight. - leave home early
it doesnt hurt to catch the first subway/bus. helps to reduce anxious feeling once you know you already making way to the airport. - at the airport, dont get ticket direct from the airlines
they only sell 1month & 1year validity ticket = sky rocket $$. ask the helping lovely lady at the airlines ticket counter for a recommended travel agency. note: airlines ticket counter usually located near the check-in counter of respective airlines, NOT at the airlines office in airport. - go to travel agency for ticket
cheaper, more flexible deal. at ICN, rows of travel agency can be found at B1. it's along the road you take to go to AREX. recommended travel agency: TOP Travel & Tours, opposite KB Exchange. harrass the guy at the counter to speed up the process. tell 'em you need to get to immigration office. - ok now move on to immigration office
at ICN, its between mobile-phone renting booths/Baskin Robbin, same level as departure hall, opposite G counters. be prepared for a long Q from fellow last-minuters. get a number, fill the re-entry form, get in the line. dont cheat on the Q numbers, they ask for ticket numbers first thing at the counter. only for Single re-entry permit. airport immigration office doesnt have the authority for Multiple re-entry permit. - checking-in
skip the loooong line by telling the lady you've got no luggage (joy of packing light). they'll usher you to first/business class check-in counter but forget about getting upgraded. - breakfast on-the-go
at ICN, there's lotteria/coffee bean/sushi bar/small decent food court just before Gate 120. go eat a burger. to get to Gate 120, ride the shuttle train. - boarding
kill the waiting time by getting on the net. send few emails, check for important travelling infos. at ICN, there's cool internet lounge called Naver lounge right in front of Gate 124. you get sony vaio big lcd screen laptop and a comfy sofa --- totally FOC, which is why its cool. have to pay for drinks only but thats optional.
do things fast and in just between 3hrs before flight you already get
i) air ticket purchased
ii) re-entry permit settled
iii) stomach filled
now give yourself a nice pat on the back and enjoy yourself on board.
punya banyak utk dibicara gara2 masih celik selepas 24jam but anyone in the mood for nutrition for the brain? teka-teki, lets?
1. pada kebiasaannya pukul berapakah waktu penutupan kedai kopi n major cafe outlet (tidak termasuk paris croissant) pada hari jumaat & sabtu di korea?
a) 2100
b) 2200
c) 2300
d) 2400
2. merujuk pada soalan (1), dalam situasi Tom N Toms pada hari jumaat & sabtu pula?
a) 0100
b) 0200
c) 0300
d) 24hrs
3. tempat paling tenang untuk napping after 2400?
a) norebang
b) 24hrs cvs (7E, GS25, FamilyMart)
c) coffeeshop
d) fast-food outlet (mcdonalds, lotteria)
4. pada kebiasaanya pukul berapakah bas pertama (첫차) dan subway akan berlepas dari station pertama setiap hari?
a) 0300
b) 0400
c) 0500
d) 0600
5. jika pada weekdays awal pagi bas/subway akan dipenuhi mid-age people yg bergegas ke tempat kerja, bagaimana pula dgn weekend?
a) remaja/student yg baru balik dari lepak/hof/norebang/siapkan assignment kat coffeeshop
b) mid-age people jugak, tapi baru balik dari OT pada jumaat malam tu
c) sekumpulan ajumma yg baru balik dari sesi gossip mingguan di 찜질방
d) warga emas yg tidak diketahui dari mana munculnya dan arah tujuannya
*
answer sheet & ulasan
1. (d) - paris croissant tutup awal. bummer
2. (d) - jgn lupa bawak laptop anda bersama kerana skrin ipodtouch yg kecik tu kadang2 sakit mata gak tenung lama2. pada hari biasa kedai ini tutup pukul 0200 dan jika anda lucky, maybe store owner/shareholder yg 'got vibe' akan turut serta bersengkang mata di outlet. wowoww
3. (c) - anda tidak mahu akan napping di fast-food outlet sbb i) kotor ii) bising iii) takde wifi
4. (b) - ini bukan malaysia bai
5. (d) - musykil bukan?
oh wow. homecooked dinner!
sila berikan tuan empunya 5 saat wall of shafame kerana hal ini berlaku hanya sekali dalam setahun. mengarut betul restoran seperti outback steakhouse / tony roma's yg charge harga melampau mahal* hanya utk sepinggan alfredo spaghetti. itu pun kadang dirasakan lebih krim susu dari udang dalam tu.. voleh?
*matilah buat2 tak tahu pasal service cost, sewa, deco, etc.
maka lepas ni tidak akan lagi makan alfredo spaghetti di overrated restoran.
dan jugak lassi! kerna lassi juga boleh dibuat kat rumah dgn sangat mudah.. campur saja yogurt dgn susu, there u have it. in my case I used yogurt buatan sendiri yg tak berapa nak jadi tapi bantai ajelah janji likat & berketul. atau boleh juga pakai ratio 3:1 (yogurt to milk) jika anda rasa nak beli siap aje yogurt. keyword lassi: YOGHURT & MILK
makanan di atas boleh dihasilkan dirumah sekiranya anda pandai memanipulasi susu segar. sekian,
tapi rasa mcm nak try jugak that particular tiny italian kitchen kat itaewon yg khabarnya sgt comel dan murah time lunch..
*
ego: “We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.” - Henry Wadsworth
alter-ego: practice makes perfect, ya know?
lokasi: 본관 307호, lab computer yg boleh melihat 'dataran dongyang' pada kadar yg jelas dan selesa
subjek (matapelajaran): 마이크로컴퓨팅
subjek (manusia): 교수 yg sedikit keji
backdrop: dataran dongyang, himpunan student yg saaangat ramai yg tampak seolah-olah sekumpulan semut di busut yang mata semuanya tertumpu kat skrin lcd yg baru saje dipasang antara 효성관 dan bangunan library. mereka seolah-olah berpesta dalam suhu yg tiba2 drop jadi sejuk di atas rumput yg baru nak menghijau lambang nak masuk spring. tak dilupakan jugak himpunan busut2 lain di setiap genap sudut yg ade lcd/tv dan ditayangkan perlawanan Baseball Klasik Dunia di kaca skrin.
haruslah nak masuk 매점 beli biskut pon kena berasak persis nak masuk subway line 2 pada peak hour.
keputusan: japan 5 - 3 korea ---> faham bukan kenapa kekalahan ini tidak boleh diterima?
*
reaksi non-korean: senyum saje dan gelak sedikit, geli hati melihat reaksi bangsa bukan sejenis. hati kecil bertitah kagum melihat smgt sukan dan sokongan yg melimpah ruah.. tinggal nak isytihar 휴강 je kalau kemenangan itu milik korea. alang2 dah start kelas lambat sejam kans...
reaksi korean (rujuk subjek di atas): 야 말레이시아는 운동 뭐 잘 하니?
sentaps mak..
lantas dgn pantas teringat Nicol David. bulan 6 kah Seoul Open kali ini?

kalo awak lahir lewat 2 hari awak akan membuatkan jarak umur kita sebanyak 6 thn~!!!!!! waaaaaaaaahhh mudanya awak ni rupenye~ read more
on muda itu mentah, tua itu manis